Wednesday, November 12, 2008
Monday, November 10, 2008
Ajal maut di tangan Tuhan.....
Semalam dapat berita dari apis...kawan2 die kemalangan maut di jln loke yew kl pagi semalam...(ahad) mmg teruk sgt...sorang kawan die meninggal dunia...allahyarham ayid...
semuenye 4 org...ajoi adik kawan den...si zila...mmg budak ni hancur kedua2 kakPemandu buat
.inyo...tengkuknye patah...50-50 je sekarang ni...den konal budak ni dari kecik lagi..so ari ni mmg serba xkena...sampai sakit kepala den memikirkan...balik koje td pun nangis sorang2 dlm kereta..terbayang betapa seksanye sakit diorang tu....den dah ponah raso..Hanya org yg kena je tau....Semoga Allah mengampun segala dosa2...dan di tempatkan pada org2 yg soleh...aminnnn..
Hari ni masuk berita utama di berita harian...
Terkojut den muko adik den ado...gambo dopan lg...
Pemandu buat 'drift' kena belasah
Oleh Ifwan Tun Tuahifwan@bharian.com.my
ORANG ramai memukul pemandu dan penumpang serta merosakkan Proton Saga Iswara yang dipandu secara berbahaya dekat Jalan Loke Yew, awal pagi semalam.
KUALA LUMPUR: Lima termasuk dua wanita cedera dibelasah sekumpulan lelaki sedang membantu mangsa kemalangan di Jalan Loke Yew di sini, awal pagi semalam, kerana didakwa melakukan provokasi. Kejadian jam 4 pagi itu dikatakan berpunca apabila pemandu Proton Iswara hitam yang tidak berpuas hati dengan kesesakan akibat kemalangan itu memandu secara berbahaya sambil membunyikan hon berulang kali. Pemandu itu turut didakwa melanggar sebuah kereta yang diletakkan berhampiran lokasi kejadian sehingga mencetuskan kemarahan kumpulan lelaki terbabit yang kemudian memecahkan cermin belakang keretanya sebelum dia beredar.
Bagaimanapun, pemandu itu dikatakan berpatah balik kira-kira setengah jam kemudian dan sekali lagi melakukan aksi berbahaya termasuk 'drift' di lokasi sama sebelum kenderaannya terbabas dan melanggar sebuah lagi kereta. Pemandu itu kemudian cuba melarikan diri dengan memandu ke arah Jalan San Peng kira-kira 30 meter dari tempat kemalangan, sebelum dikepung kumpulan berkenaan. Kumpulan lelaki terbabit kemudian dikatakan merosakkan kereta itu menggunakan topi keledar, kayu dan batu sebelum menarik pemandu dan empat penumpang kenderaan itu keluar dan membelasah mereka.
Difahamkan, tiga daripada mangsa termasuk seorang perempuan dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan dibenarkan keluar beberapa jam kemudian. Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Sulaiman Salleh, ketika dihubungi bagaimanapun berkata tiada sebarang laporan mengenai kejadian itu. Terdahulu, dalam kemalangan itu, seorang pembonceng motosikal maut manakala empat lagi parah selepas motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah kereta yang dikatakan berhenti mengejut di tengah jalan. Syed Mohd Shahrizal Syed Sahari, 21, yang dijadualkan melangsungkan perkahwinan 23 November ini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.
Empat lagi mangsa termasuk dua rakan Syed Mohd Shahrizal pula parah dan dimasukkan ke HUKM dan HKL. Timbalan Ketua Trafik Bandaraya, Deputi Superintendan Ng Fook Long, berkata polis sudah menahan pemandu kereta itu, seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat Lans Koperal mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1981 untuk membantu siasatan. Katanya anggota polis berusia 30 tahun itu ditahan selepas membuat laporan mengenai kemalangan berkenaan di Ibu Pejabat Trafik Kuala Lumpur di Jalan Bandar di sini, jam 10 pagi.
Posted by Juanmama at 6:26 AM 0 comments
Wednesday, November 5, 2008
Monday, November 3, 2008
Sabtu - Holiday d Guoman Port Dickson
sepet sungguh matamu...jijuan
hotel Guoman
dlm kereta
Posted by Juanmama at 1:19 AM 0 comments
Thursday, October 30, 2008
juan ngan kakak
Posted by Juanmama at 12:14 AM 0 comments
Tuesday, October 28, 2008
Monday, October 27, 2008
Jamuan Hari Raya sambil berpicnic di Sg. Lepoh (Ahad 26 Oktober 2008)
Posted by Juanmama at 11:56 PM 0 comments
Thursday, October 23, 2008
budak botakkk.....
Posted by Juanmama at 12:51 AM 0 comments